header image

dasar Pertanian Negara..

Posted by: | November 11, 2008 | No Comment |

Dasar Pertanian Negara

 

 

 

PENGENALAN

 

Dasar pertanian negara telah dilancarkan pada 12 Januari 1984. Ia merangkumi dua tahap iaitu, tahap satu antara tahun 1984 – 1991. Manakala tahap kedua antara tahun 1992 – 2010. Kadar pertumbuhan sektor pertanian semakin menurun disebabkan harga bergantung kepada pasaran ekonomi antarabangsa, kebanyakan pengusaha pertanian terdiri daripada pekebun-pekebun kecil yang miskin, syarikat menukarkan kawasan pertanian kepada tempat perlancongan atau perumahan yang lebih menguntungkan, dan perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan memesatkan penghijrahan ke bandar. Pada tahun 1985 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bidang pertanian ialah 20%, tetapi telah merosot kepada 18.7% pada tahun 1990.

 

 

PENYATAAN MASALAH

Kadar pertumbuhan seltor pertaniaan semakin menurun disebabkan harganta bergantung kepada pasaran ekonomi antarabangsa dan kebanyakkan pengusaha pertanian terdiri daripada pekebun-pekebun kecil yang miskin. Ini juga kerana syarikat menukarkan kawasan pertanian kepada tempat pelancongan atau perumahan yang lebih menguntungkan. Disamping itu juga perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan memesatkan penghijrahan kebandar. Pada tahun 1985, keluaran dalam Negara kasar (KDNK) bidang pertanian ialah 20%, tetapi telah merosot kepada 18.7% pada tahun 1990. Antara masalah lain yang wujud adalah dari segi aspek keselamatan makanan dan defisit akaun dagangan bagi makanan serta input

 Pertanian. Malaysia mengalami defisit dalam makanan  dan input pertanian. membiayai import. Pada tahun 1996 eksportnya adalah sebanyak 4.2 bilion  dan RM 4.6 bilion pada 1997. Krisis kewangan telah menyedarkan Malaysia akan perlunya ditingkatkan aspek keselamatan makanan negara pengeluaran makanan sendiri dan menyusun strategi bagi mengurangkan pergantungan makanan dari negara lain.

 

 

RASIONAL DASAR PERTANIAN NEGARA

Dasar Pertanian Negara dapat mempertingkatkan mutu pertanian dan mengurangkan import sumber pertanian dari negara luar. Memulih dan menyatukan tanah terbiar dengan menanam tanaman kekal seperti getah, kelapa sawit, juga tanaman kontan seperti tembakau atau sayur-sayuran. Selain itu juga dasar ini juga dapat membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Perkembangan sektor pertanian  juga dapat meningkatkan lagi kajian dan penyelidikan serta meningkatkan penggunaan teknologi moden. 

 

MATLAMAT DASAR PERTANIAN NEGARA

Mempergiatkan semula penglibatan sektor pertanian dalam usaha pembangunan ekonomi negara keseluruhannya. Tumpuan kepada memoden dan memperkenalkan kegiatan pertanian berasaskan perdagangan dikalangan pekebun kecil. Ia menggalakkan penglibatan meluas sektor swasta dalam sektor pertanian.

 

 

OBJEKTIF DASAR PERTANIAN NEGARA

 

Objektif Dasar Pertanian Negara ialah :

1.      Meningkatkan hasil pengeluaran melalui penggunaan sumber-sumber secara optima.

2.      Menambah pendapatan penduduk di luar bandar dan membasmi kemiskinan.

3.      Menyeimbangi pembangunan ekonomi negara berdasarkan pembuatan.

4.      Meningkat dan menyediakan sumbar makanan yang cukup bagi penduduk.

5.      Maksimumkan pendapatan melalui perluasan tanaman tradisional untuk ekspot dan menggalakkan pengeluaran makanan.

6.      Menambah pendapatan negara melalui pembekalan bahan mentah yang menjadi asas keperluan perindustrian tempatan dan luar negara.

7.      Membangunkan tanah pertanian dengan menggunakan teknologi tinggi yang berkesan.

8.      Meningkatkan daya saing dan kemampuan sektor pertanian melalui penglibatan pelbagai sektor termasuk swasta.

                                  

 

STRATEGI DASAR PERTANIAN NEGARA

           

Strategi Dasar Pertanian Negara ialah sumber-sumber digunakan secara optimum untuk meningkatkan pengeluaran makanan disamping tanaman industri. Selain itu ia juga dapat meningkatkan tanaman industri agar membantu memesatkan pembangunan industri negara. Strategi yang lain ialah aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) ditingkatkan untuk menambah produktiviti dan pengeluaran dalam bidang pertanian. Disamping itu, usaha memperluas pasaran tempatan dan antarabangsa turut dilaksanakan agar hasil pertanian Malaysia berdaya saing diperingkat antarabangsa. Skim galakan dan insentif juga diwujudkan untuk menggalakkan pembangunan sektor pertanian. Melalui strategi pembangunan pertanian bersepadu tanah-tanah yang tidak berekonomi dari segi saiz dapat dikerjakan secara berkelompok di bawah konsep estet mini. Cara ini membolehkan pengguinaan jentera yang dapat meningkatkan daya pengeluaran disamping mengatasi masalah kekurangan buruh. Sebagai contoh Lembaga Pertubuhan Peladang telah melaksanakan projek penanaman padi cara estet mini di Tanjung Karang, Selangor. Koperasi peladang pula dapat memberi berbagai-bagai kemudahan kepada ahli-ahli serta mengembleng modal bagi memajukan kepentingan bersama. Bagi menggalakkan penglibatan sektor swasta, Kementerian Pertanian telah menswastakan beberapa projeknya. Sebagai contoh, Kementerian Pertanian talah menswastakan projek akuakultur di Puchong, Selangor dan projek penyembelihan di Pusat Penyembelihan Shah Alam, Ipoh, Kuantan, Melaka, Taiping dan Johor Bharu. Kerajaan juga memberi berbagai-bagai perkhidmatan sokongan seperti pemasaran kredit, subsidi dan penyelidikan. Melalui Program Pembanguan Sosial dan institusi, kerajaan ingin memupuk semangat berdikari dikalangan petani serta mempergiatkan penyertaan mereka secara aktif dalam proses pembangunan pertanian.

 

 

 

STRATEGI PERTANIAN DALAM RM6 ( 1991-1995)

1.                  Meningkatkan projek-projek in-situ.

2.                  Penyatuan tanah diutamakan

3.                  Penggunaan tanah lebih dinamik.

4.                  Downstream industri diutamakan

5.                  Industri berasaskan pertanian diperkembangkan dan diperkukuhkan

6.                  Research and Development (R&D) dipertingkatkan (pertanian)

7.                  Cukai dan insentif kepada industri-industri berasaskan kayu

8.                  Peranan swasta digalakkan

9.                  Sumber-sumber baru

10.             Pengurangan pembukaan tanah-tanah baru

11.             Pengurangan kos infrastuktur

12.             Perketatkan kawalan penebangan hutan

13.             Pertingkatkan aktiviti perikanan laut dalam dan akuakultur serta pemasaran ikan

14.             Peningkatan kualiti dan kuantiti keluaran ternakan.

15.             Perkenalkan ternakan-ternakan baru sumber daging (arnab dan rusa)

16.             Peningkatan R&D dan teknologi ternakan.

 

 

STRATEGI PERTANIAN DALAM RRJP2 (1991-2000)

1.                  Peningkatan produktiviti melalui teknologi

2.                  Pertanian berasaskan komersil dan perdagangan

3.                  Pembangunan in-situ dan intensif pertanian

4.                  Pembangunan tanah baru oleh swasta atau usaha sama

5.                  Mewujudkan rangkaian dengan sektor pembuatan

6.                  Dasar pertanian baru

 

 

 

 

 

PROGRAM

 

1.         Pembukaan tanah baru – FELDA dan FELCRA

Program ini telah dirancanakan sejak dalam Rancangan Malaya 1 (1956 – 1960) melalui penubuhan FELDA. Melalui FELDA berjaya membuka tanah-tanah untuk pembukaan semula. Tanah-tanah terbiar ini dimajukan oleh FELDA bagi tanaman komersil seperti kelapa sawit dan getah. Tujuannya untuk menbangunkan sektor ekonomi dan menekankan sektor luar bandar. Tumpuan dalam bidang ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar.

 

2.         PEMBANGUNAN IN-SITU – Penanaman semula, penyatuan/ Kelompok, Projek Bersepadu.

Pembangunan pertanian in-situ ditujukan kepada kawasan-kawasan yang telah sedia ada terutamanya di kampung-kampung yang mempunyai aktiviti pertanian tetapi dengan pengeluaran yang rendah. Kawasan seluas 204, 870 hektar atau hamper 100% daripada kawasan yang disasarkan telah ditanam semula yang memberi manfaat kepada 118900 pekebun kecil getah. FELDA telah menanam semula kira-kira 43,280 hektar getah dan kelapa sawit manakala Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah menanam semula 4450 hektar tanah pekebun kecil.

 

 

3.       PERKHIDMATAN SOKONGAN PERTANIAN – Latihan, pemasaran dan

            galakan khas

Khidmat sokongan seperti penyelidikan, pengembangan dan pemasaran yang cekap dan berkesan perlu untuk membangunkan sector pertanian ke tahap yang lebih tinggi. Dalam tempoh pelaksanaan DPN, aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) telah memberi tumpuan kepada penghasilan beberapa jenis tanaman, klon, dan biji benih berhasil tinggi serta memperbaiki amalan agronomi membangunkan kaedah pengurusan lading yang lebih cekap.

 

 

4.         PEMBANGUNAN SOSIAL DAN INSTITUSI – Jalan raya, pembajaan, pengangkutan dan lain-lain.

                        Pembangunan sosial dan institusi penting bagi meningkatkan daya pengeluaran sektor pertanian.

 

 

5.         PENSWASTAAN DAN PENYERTAAN PIHAK SWASTA

                        Penswastaan projek pertanian dijalankan bagi mengurangkan beban kerajaan dalam pembangunan pertanian. Kerjasama diantara sektor awam dan swasta adalah perlu untuk menjayakan program-program yang telah dirancangkan.

 

6.         PEMBANGUNAN KOMODITI – R&D

            Pembanguan komoditi dilakukan bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran sektor pertanian. Komoditi yang bermutu akan memastikan produk pertanian mendapat pasaran yang luas khususnya di luar Negara.

 

 

TANAMAN MAKANAN

Tanaman Makanan yang diusahakan terbahagi kepada 5 jenis iaitu padi, sayur- sayuran, buah-buahan, perikanan dan ternakan. Padi merupakan tanaman kontan bagi negara in i. Matlamat  pengeluarannya ialah 55%-65%. Sayur-sayuran juga merupakan tanaman yang menyumbang kepada keperluan negara.  Negara kita telah banyak mengeluarkan sayur-sayuran yang berkualiti untuk dieksport ke luar negara. Malaysia merupakan sebuah Negara beriklim tropika yang amat sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan. Melalui dasar pertanian ini buah-buahan yang ditanam mestilah mempunyai nilai komersil. Penghasilan buah-buahan yang berkualiti melalui teknologi dan penyelidikan akan dieksport ke luar negara.

 

 

 

MAKANAN TERNAKAN

          Makanan ternakan  terdiri daripada 2 jenis iaitu, perikanan dan ternakan. Industri perikanan di negara kita telah memenuhi permintaan ramai dengan membekalkan ikan-ikan yang berkualiti untuk pasaran tempatan dan untuk dieksport ke luar negara. Bagi memenuhi permintaan ini nelayan-nelayan telah

menggunakan peralatan yang moden untuk menangkap ikan dan mereka juga telah mengusahakan perikanan laut dalam. Ternakan seperti lembu dan kambing menghasilkan susu dan daging. Manakala biri-biri pula boleh menyumbangkan bulunya untuk menghasilkan barangan seperti baju sejuk, benang dan lain-lain. Ayam pula boleh menyumbangkan daging dan telur sebagai makanan harian.

           

           

TANAMAN INDUSTRI        

            Tanaman industri terdiri daripada 7 jenis iaitu getah, kelapa sawit, koko, kelapa, lada hitam, tembakau dan bunga-bungaan. Tanaman getah menggunakan teknologi moden di usahakan di kawasan sedia ada. Tanaman kelapa sawit diusahakan secara perladangan dengan menggunakan teknologi yang tinggi. Koko dan tembakau juga ditanam bagi tujuan mengawal mutu eksport. Kelapa diusahakan untuk kegunaan tempatan seperti penghasilan santan. Tanaman bunga-bungaan juga diusahakan bagi tujuan pasaran dalam dan luar negara.  Tanaman lada hitam tidak diperluaskan di negara ini kerana kurang mendapat permintaan.

               

 

 

 

PENILAIAN DASAR PERTANIAN NEGARA

                                                               

Estet mini tanaman saka yang dikelolakan oleh RISDA di Kampung Parit Seraya dan Kampung Parit Selangor. Begitu juga dengan projek pembanguan kampong tradisional yang dilaksanakan oleh FELCRA seperti di Kampung Kok, Teratak Batu dan Ulu Berang. Kejayaan Dasar Pertanian Negara yang lain ialah projek blok tanaman koko yang dikendalikan oleh MARDI dan Jabatan Pertanian. Selain itu projek tanaman kontan dan tembakau di Alor Ketitir dan Kandis. Tanaman berkelompok padi berjaya dilaksanakan oleh Lembaga Pertanian Persekutuan (LPP) seperti di Tanjung Karang melalui dasar ini.

                          

 

PENCAPAIAN DASAR PERTANIAN NEGARA

            Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu dalam pemasaran hasil pertanian. Misalnya, keropok, buah-buahan tempatan, jem-jem buah tempatan, jus-jus buah tempatan dan sebagainya. Sehingga tahun-tahun 1990-an, kekurangan buruh meningkat, kos pembangunan tanah baru meningkat dan pilihan teknologi merupakan halangan-halangan yang mengurangkan daya saing komoditi eksport negara di pasaran antarabangsa. Institute Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) telah menubuhkan aktiviti penyelidikan dalam pembiakkan jenis benih baru yang berhasil tinggi, meningkatkan dan mempelbagaikan penggunaan minyak sawit bagi menggantikan petrol kenderaan. Institiut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) telah menumpukan usahanya terhadap pengeluaran getah asli dalam bentuk baru dan penggunaan baru bagi getah. Meningkatkan produktiviti menerusi pengubahsuaian teknik penjimatan buruh seperti sistem torehan berintensiti rendah. Lembaga Koko Malaysia (LKM) memberi tumpuan kepada bidang penyelidikan terutama dalam pemerosesan koko dan teknologi selepas tuai.

 

 

CADANGAN

Memandangkan peralihan ekonomi yang pesat dan persaingan global, kerajaan perlu mengkaji semula dasar pertanian negara. Pendekatan-pendekatan berikut boleh diambil bagi meningkatkan hasil pertanian  negara. Menggalakkan peningkatan penyertaan sektor swasta dalam pertanian secara berskala besar terutamanya dalam pengeluaran komoditi makanan dan keluaran bernilai tinggi dengan kerajaan menyediakan khidmat sokongan yang diperlukan. Mengembleng kawasan penanaman getah, kelapa sawit, dan koko dengan tujuan mengorientasikan semua sebahagian besar pengeluaran bagi memenuhi keperluan industri yang berasaskan pertanian tempatan. Disamping itu, pihak tertentu perlu mempercepatkan penggunaan teknik-teknik penjimatan buruh, mekanisasi dan automasi dengan tujuan meningkatkan pengeluaran disamping mengurangkan pergantungan kepada buruh asing. Menggalakkan pelaburan di luar negara dalam pengeluaran komoditi pertanian dan meninggalkan aktiviti yang mempunyai nilai ditambah yang rendah. Mempergiatkan usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan terutama dalam aktiviti hiliran dan pembangunan berasaskan pertanian. Menyusun semula agensi kerajaan yang berkenaan dengan bidang pertanian supaya bergerak lebih efektif.  Untuk mengatasi masalah ini maka tumpuan hendaklah diberikan kepada pengeluaran makanan utama yang mempunyai kelebihan bersaing dari segi kos seperti penghasilan perikanan, buah-buahan terpilih, sayur-sayuran dan ternakan. Tumpuan juga diberikan kepada pengeluaran makanan tertentu yang di import. Selain itu, dengan mewujudkan zon bagi pengeluaran makanan dan menyediakan insentif, pinjaman dan langkah lain termasuklah infrastruktur bagi pengeluar makanan juga antara alternatif lain yang menyumbang kearah peningkatan pertanian negara. Di samping itu, sumber bekalan luar juga antara strategi yang boleh mengurangkan pergantungan makanan dari negara lain. Contohnya ialah dengan meningkatkan pelaburan ke luar negara (reverse investment) dan mengadakan usaha sama dengan Negara asing yang kos pengeluaran makanannya rendah, umpamanya pelaburan dalam Kawasan Pertubuhan Asean dan Lembah Mekong.

 

 

 

 

 

 

 

 

KESIMPULAN

            Dasar Pertanian Negara digubal sebagai dasar yang rasional untuk pembangunan sektor pertanian di negara kita. Sektor pertanian penting sebagai sumber ekonomi negara kita. Ini bertepatan dengan usaha Perdana Menteri Malaysia yang mahu melihat sektor pertanian dimajukan seiring dengan pembangunan yang lain memandangkan ekonomi negara kita banyak bergantung kepada sektor pertanian.

under: assig1

Leave a response






Your response:

Categories